Tuesday, August 25, 2009

Sudah Cukup 400 Tahun Penemuan Teleskop Galileo

LONDON - Hari ini, genap 400 tahun sejak Galileo Galilei mendemonstrasikan penemuan teleskopnya. Temuan ini kemudian menuntunnya mengadakan observasi astronomi dengan metode terbaru.

Tepat pada 25 Agustus 1609, ahli astronomi dan filosofi asal Italia tersebut memperlihatkan hasil penemuannya. Siapa sangka, teleskop tersebut kemudian menjadi penanda memasuki era sains modern.

Guardian, Selasa (25/8/2009) melansir, penemuan ini pun membuat Galileo tak lekang dilupakan zaman. Dia dianggap sebagai penyumbang terbesar bagi dunia sains modern. Selain itu, Galileo pun sering disebut sebagai pelopor astronomi modern, bapak fisika modern, dan juga bapak sains.

Selain penemuan teleskop, Galileo juga tercatat menyumbangkan berbagai observasi astronomi serta hukum gerak dinamika.

Akibat pandangannya yang mendukung teori Copernicus tentang peredaran bumi mengelilingi matahari, Galileo sempat dianggap merusak iman dan diajukan ke pengadilan gereja Italia.

Pemikirannya tentang matahari sebagai pusat tata surya pun dianggap bertentangan dengan ajaran Aristoteles maupun keyakinan gereja masa itu yang menyebutkan bahwa bumi adalah pusat alam semesta.

Galileo yang lahir di Pisa, Toscana, 15 Februari 1564 menghembuskan nafas terakhir pada 8 Januari 1642 di usia 77 tahun.

Sebagai bentuk penghormatan kepada ilmuwan besar tersebut, dunia sains merayakan hari bersejarah ini. Beberapa situs di internet pun turut menyemarakkan perayaan 400 tahun Teleskop Galileo dengan cara mereka masing-masing. (srn)



MARI KITA IMBAS BIODATA GALILEO:

Galileo Galilei (15 Februari, 1564 – 8 Januari, 1642) merupakan ahli nujum, ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait rapat dengan revolusi sains.
Dilahirkan kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya telah membantunya mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaian-pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains".
Kerja ujikajinya telah dianggap sebagai pelengkapa kepada karya-karya Francis Bacon dalam pengasasan kaedah sains moden. Kerjaya Galileo berbetulan dengan kerjaya Johannes Kepler. Kerjayanya juga dianggapi sebagai penyimpangan daripada kerjaya Aristotle. Konfliknya dengan Gereja Roman Katolik telah diambil sebagai contoh awal yang utama bagi konflik antara kuasa dengan kebebasan pemikiran, khususnya dalam bidang sains di masyarakat Barat.



Biografi

Dilahirkan di Pisa, Itali, Galileo merupakan anak sulung kepada Vincenzo Galilei, seorang ahli matematik dan muzik yang dilahirkan di Florence pada tahun 1520. Ibunya Giulia Ammannati. Galileo mempunyai enam adik.
Galileo diajar secara persendirian ketika masih amat kecil. Beliau kemudian menyertai Universiti Pisa tetapi kemudian terpaksa berhenti pembelajarannya disebabkan masalah kewangan. Bagaimanapun, beliau ditawarkan jawatan dalam fakulti universiti itu pada tahun 1589 dan mengajar matematik. Tidak lama kemudian, beliau berpindah ke Universiti Padua dan mengajar geometri, mekanik, dan astronomi sehingga tahun 1610. Semasa itu, beliau memeriksa sains dengan teliti, dan membuat banyak penemuan yang penting.
Walaupun merupakan seorang penganut Katolik yang warak, Galileo menjadi bapa kepada tiga orang anak luar nikah: dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Kesemua ini merupakan anaknya dengan Marina Gamba. Disebabkan taraf mereka sebagai anak luar nikah, kedua-dua anak perempuan itu dihantar ke sebuah biara di San Matteo, Arcetri ketika masih kecil:
Virginia (1600–1634) yang mengambil nama Maria Celeste ketika masuk ke biara dan yang mewarisi otak bapanya yang tajam merupakan anak sulung Galileo yang paling disayangi. Virginia meninggal dunia pada 2 April 1634 ketika berumur 34 tahun, dan kini dikebumikan bersama-sama dengan Galileo di Basilica di Santa Croce di Firenze.
Livia (lahir 1601) yang mengambil nama Suor Arcangela sentiasa sakit pada sepanjang hayatnya di biara.
Vincenzio (lahir 1606) kemudian disahkan melalui perkahwinan Galileo dengan Marina Gamba. Dia berkahwin dengan Sestilia Bocchineri.
Pada tahun 1612, Galileo ke Rom untuk menyertai Accademia dei Lincei dan mencerap tompok-tompok matahari. Pada tahun yang sama, tentangan-tentangan muncul terhadap teori-teori Nicolaus Copernicus yang disokong oleh Galileo. Dua tahun kemudian pada tahun 1614, Bapa Tommaso Caccini (1574-1648) mengutuk pendapat-pendapat Galileo terhadap pergerakan Bumi, dan menganggap pendapatnya sebagai bidaah yang berbahaya dan hampir menyeleweng. Galileo ke Rom untuk membela diri terhadap tuduhan-tuduhan itu tetapi pada tahun 1616, Kardinal Roberto Bellarmino sendiri menegur Galileo supaya jangan menyokong atau mengajar astronomi Copernicus disebabkan itu berbeza dengan pemahaman Kitab-kitab Suci yang telah diterima.
Pada tahun 1622, Galileo menulis Penganalisis Logam (Saggiatore; bahasa Inggeris:The Assayer) yang diluluskan dan diterbitkan pada tahun berikut. Pada tahun 1624, beliau menghasilkan mikroskop pertama yang diketahui. Kemudian pada tahun 1630, Galileo kembali ke Rom untuk memohon lesen untuk mencetak Dialog Mengenai Dua Sistem Dunia Yang Utama. Karyanya diterbitkan di Florence pada tahun 1632. Bagaimanapun pada bulan Oktober dalam tahun itu, beliau diarahkan tampil di hadapan Pejabat Suci di Rom di mana mahkamah menjatuhkan hukuman pengutukan dan memaksa Galileo bersumpah akan meninggalkan faham yang menyeleweng. Oleh itu, beliau dikurung di Siena dan akhirnya, pada Disember 1633, beliau dibenarkan beredar ke vilanya di Arcetri.
Pada tahun 1634, Galileo hilang sokongan anaknya yang amat disayangi, Sister Maria Celeste (1600-1634), yang meninggal dunia secara pramasa. Pada tahun 1638, hampir betul-betul buta, Galileo menerbitkan buku terakhirnya, Dua Sains Baru, di Leiden. Beliau meninggal dunia di Arcetri pada tahun 1642 ketika bersama-sama dengan muridnya, Vincenzo Viviani.


Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Galileo_Galilei & Mat Ley
Galileo Galile dan jgk Teleskop Ciptaanya

Tuesday, August 11, 2009

Apa itu Google Chrome?

Google telah melancarkan browser terbarunya, Google Chrome. Browser ini dirancang untuk menjalankan aplikasi web (email, aplikasi office, perbankan, dll) dengan lebih baik. Sebenarnya tidak ada tool yang sangat baru jika dibandingkan browser-browser lain, seperti Mozilla, Firefox, safari & internet explorer, tapi Google berusaha mengambil tool terbaik dari browser yang ada saat ini. Browser ini sifatnya open source, dan dikembangkan berdasarkan engine Webkit yang dipakai oleh Safari. Beberapa tool yang menarik adalah:

1. Multiprosess: jika satu tab (satu halaman) memakan banyak resource, hanya tab yang bermasalah yang perlu ditutup, halaman lain tidak akan terpengaruh.

2. Engine JavaScript baru: aneka aplikasi web yang bergantung pada JavaScript (misalnya google docs) akan berjalan lebih laju.

3. Terselamat Dari Laman Web Berbahaya: Browser secara automatik mendownload informasi mengenai laman web berbahaya, setiap plugin juga berjalan di proses terpisah sehingga lebih aman.

4. Mendownload: kotak download tersusun dan file pun senang dicari, apabila sesudah mendownload ~ sangat mudah.

5. Anti pop-up pun tak ade.. bkn mcm IE kn download.... huhu


gambar-google-chrome


Untuk masa ini, browser ini hanya boleh digunakan untuk Windows, namun yg tersedia aplikasi ini untuk mengkompilasi program ini di Linux (walaupun yang biasa proses hanyalah modul-modul sahaja). Walaupun sudah dibentuk supaya selamat dan stabil, namun ada jgk kelemahannya di setengah2 laman web yg crash.

P/S: pakailah barang buatan LINUX.. haha
Sumber: Google & Mat Ley

Monday, August 10, 2009

Mari Ulangkaji Tentang Ramadan

Oleh : Mohd Yaakub

Assalaamu'alaikum

Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba- NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Memandangkan Ramadhan semakin hampir dengan kita, ada baiknya juga kita bersama-sama mengulangkaji perkara-perkara yang disunnahkan sempena bulan Ramadhan ini.

Berikut beberapa artikel yang perna saya disiarkan dalam blog Minda Akob ini untuk dikongsikan bersama dengan para pengunjung semua.

1) Keistimewaan Bulan Ramadhan

http://akob73.blogspot.com/2008/08/keistimewaan-bulan-ramadahan.html

2) Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadhan
http://akob73. blogspot. com/2008/ 08/amalan- amalan-sunnah- pada-bulan- ramadan.html

3) Bersahur Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/bersahur-cara-rasulullah.html

4) Berbuka Puasa Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/berbuka-puasa-mengikut-sunnah.html

5) Keutamaan Ibadah Puasa
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/keutamaan-ibadah-puasa.html

6) Solat Tarawih Menurut Cara Rasulullah
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/mengerjakan-solat-tarawih-menurut.html

7) Kemuliaan Malam Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/kemuliaan-malam-lailatulqadar.html

8) Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/tanda-tanda-lailatulqadar.html

9) Lailatul Qadar
http://akob73. blogspot. com/2008/ 09/lailatulqadar .html

Semoga ada manfaatnya dan sila sebarkan.

Sekian Wassalaam