Sunday, December 28, 2008

Teknik memegang stick dengan betul

Asslammualaikum sahabat-sahabat semua, selepas menyambut aidil adhan dan awal muharam ini, aku rase semangat kembali dengan azam baru.. jadi terautomatiklah aku semangat nak taip blog aku ni..
hari ni tak nak membebel banyak2 aku nak bagitahu sahabat2 semua mcm mana nak memegang stick dgn betul.. ialah nanti tertanggal stick dkt depan... mau buta org yg kena tu.. hehehe

Okay ada dua cara utk memegang stick:

1. Matched grip (lihat gambar I)
2. Traditional grip (lihat gambar II)

Matched grip mempunyai 2 cara memegang yang berbeza:

A. Closed hand/tangan tertutup dimana pukulan sangat mengenakan lengan dan pergelangan tangan sehingga pukulan menjadi kaku dan tangan cepat penat/ lenguh, kecepatannya pun sangat laju.

B. Open hand/tangan terbuka dimana ibu jari dan telunjuk yang digunakan untuk menyepit stick, sedangkan ketiga jari lainnya seperti jari tengah, jari manis dan kelingking berpegang untuk mendorong stick. Ketika stick yang didorong menyentuh drumhead, maka secara otomatik stick akan memantul kembali, gunakan pantulan itu untuk membuat pukulan berikutnya (ketiga jari mendorong stick itu kembali). Lakukan secara berulang-ulang, seperti mendribble bola basket saja.



Traditional grip

Perbezaan grip ini adalah pada tangan kiri, dimana stick dikepitkan di ibu jari dan ditaruh diantara jari tengah dan jari manis. Ibu jari yang berpegang untuk mendorong stick. Sedangkan untuk tangan kanan cara memegangnya tidak ada perbezaan, seperti matched grip saja Traditional grip memang lebih susah untuk dilakukan keseimbangan matched grip kerana mengontrol tangan kiri jauh lebih rumit.



Awal dari Traditional grip

Traditional merupakan cara memegang stick yang pertama digunakan, dimulai dari tahun 1600. Sebenarnya traditional grip diperlukan untuk keperluan drummer marching band pada saat itu yang dimana mereka menaruh snare drum dengan cara mengikatnya (seperti tas) dan talinya dilingkarkan dibahu, sehingga posisi snare drum miring kearah kanan. Kerana posisinya selalunya kearah kanan, maka tangan kiri memakai grip yang berbeza dengan tangan kanannya guna untuk meraih snare drum tersebut (tangan kiri seperti memegang pensil, tetapi stick ditaruh diantara 2 pasang jari dan dijepitkan di ibu jari).

Tahun 1840 drumset baru ditemukan (snare, bass dan tom-tom) dimana tiga drum dimainkan dengan satu orang. Karena traditional grip merupakan kebiasaan turun-temurun yang berawal dari marching, maka traditional grip digunakan juga pada drumset. Kemudian lagi-lagi kebiasaan ini berlanjut dengan akhirnya pada pertengahan tahun 1960, Ringo Starr (drummer The Beatles) mengambil langkah maju dengan memegang stick pada posisi yang sama (tangan kiri sama seperti tangan kanan), sehingga seperti orang yang memegang dua buah palu. Yang kemudian dinamakan matched grip. Ternyata dengan menggunakan matched grip maka dengan mudah pemain drum dapat mengeluarkan power/tenaga yang diinginkan dan juga pukulan pada tangan kirinya menjadi lebih kuat.

Dan akhirnya keduanya pun dapat digunakan sesuai dengan aliran lagu dan selera pemain drum, untuk lagu yang lembut dan memerlukan sentuhan, maka traditional griplah yang sebagusnya, sedangkan untuk memainkan groove/beat yang solid dan lagu yang lebih modern (rock), matched grip yang paling sesuai.

Thursday, November 27, 2008

Hari Raya Korban Aidil Adha

Assalammualaikum.. sahabat2 semua.. sempena kedatangan hari raya korban yang mulia ini, akan ku updatedkan, artikel tentang pengertian-pengertian hari raya korban... asyik cerita pasal muzik jer!!! hehehe,

Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir Dan Batin


PENGERTIAN KORBAN & AQIQAH

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"
Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar:


2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya."

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat

. Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

. Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."

. Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:

"Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban."

. Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat."

- Maklumat lanjut ibadah korban klik disini


Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Menurut istilah hukum syara', aqiqah ialah "penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu."

Menyembelih aqiqah adalah sunat muakkad. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama".

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu melepaskan bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Imam Syafi'e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah swt sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail a.s.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

Petikan dari: http://www.korbanaqiqah.com.my/v2/

Friday, November 7, 2008

Apa Itu Drum????

Ok! Kenapa aku ashik cerita pasal drum ni? hehehe.. sbb aku suka bunyi-bunyian drpd drum ni, ia membuat ku naik angin... huhu

Okay!!! Minggu ni aku ingin menceritakan apa itu drum?

Drum sebenarnya bermacam-macam. Ada snare, tom-tom, bass, conga, tymbal, mondo, bedug, tabla... dll, mereka sebenarnya adalah drum, kaedah memainkannya dengan cara memukul. Tetapi yang aku cerita ni adalah DRUMSET, yang biasa orang panggil bentuk drum paling modern. Drumset itu sendiri sebenarnya terdiri atas 3 drum, iaitu Snare, tom-tom dan bass drum. Untuk tom-tom masih dapat dibahagi dua lagi, iaitu: Mounted tom dan floor tom-tom (tergantung dari peletakan dan diameter saje). Dari ketiga unsur tersebut masih ada beberapa unsur penting lagi, iaitu cymbal, hardware (pedal, hihat stand, cymbal stand, snare stand, tom holder/tom stand) dan drumhead.

Tom-tom terdiri atas berbagai macam ukuran baik dalam kedalamannya dan diameternya. Ukuran suatu drum biasnya ditulis 12x10 yang maksudnya adalah kedalamannya 12 inchi dan diameternya 10 inchi. Diameter tom-tom bervariasi, biasanya tom-tom paling kecil berdiameter 6", dan berlanjut ke 8", 10", 12", 13", 14", 15", 16", 18" dan 20". Ukuran tom-tom 14" keatas dapat digolongkan sebagai floor tom-tom, tetapi tergantung dari peletakannya juga. Tom-tom menggunakan 2 drumhead, atas dan bawah, kecuali pada tahun 70-an dimana tom-dan bass drum hanya menggunakan 1 drumhead saja. Badan tom-tom atau yang biasa disebut dengan shell terbuat dari kayu. Untuk drum kelas pemula biasanya menggunakan kayu Mahogany dan untuk kelas professional biasanya menggunakan kayu Birch dan Maple. Kayu Birch dan Maple lebih mahal karena menghasilkan suara atau tone yang bulat dan jernih. Kayu pada tom-tom biasanya mempunyai ketebalan dari 4 sampai 10 mm. Semakin tipis kayu maka suara yang dihasilkan semakin halus dan sensitive. Sedangkan semakin tebal kayu suara yang dihasilkan semakin keras, tetapi suaranya tidak terlalu halus dan kurang sensitive.

Bass drum tidak terlalu berbeza dengan tom-tom, hanya bass drum mempunyai diameter yang lebih besar, 16", 18", 20", 22", 24" dan bahkan 26" atau lebih. Dan bass drum dipukul dengan menggunakan pedal dan ditaruh dibawah. Tetapi suara bass drum tidak seperti tom-tom yang bersuara "Dung..." tetapi cenderung bersuara "Dug..." (lebih mati suaranya). Kayu bass drum cenderung lebih tebal untuk menghasilkan suara yang lebih keras dan untuk ketahanan drum itu sendiri.

Snare drum adalah drum yang paling berbeza diantaranya (dari bentuk dan suaranya). Dan snare drum merupakan unsur utama dari drumset (yang paling sering dipukul). Drum ini biasanya berukuran 10" sampai 15", tetapi yang paling biasa digunakan adalah ukuran 14". Yang membuat perbedaan pada snare drum yaitu pada bagian bawah drum tersebut. Di bawahnya menggunakan kawat-kawat yang berbentuk spiral atau yang sebenarnya dinamakan Snare Wire /Strainer. Benda itulah yang membuat perbezaan pada snare drum. Jika anda memukul head atasnya maka snare wire dibawah segera merespon, dengan cara 'memukul' kembali head bawah dan menghasilkan suara yang tajam. Maka dari itu, sebenarnya 'nyawa' dari snare drum terletak pada snare wirenya. Jika snare wirenya dilepas maka suara yang dihasilkan hampir sama dengan tom-tom.

Cymbal, lagi-lagi merupakan 'nyawa' bagi drumset, karena hampir tidak mungkin bermain drum tanpa cymbal (ibaratnya seperti makan nasi tanpa pinggan, (Blum mkn lagi ni beb!). Cymbal terdiri atas 4 jenis mereka iaitu:


  1. Hihat cymbal:
    'Jantungnya' cymbal dan drum. Berguna untuk menjaga waktu/tempo. terdiri atas sepasang cymbal. berukuran 8" sampai 15". Ukuran standart 14"
  2. Ride cymbal:
    Sama fungsinya dengan hihat tetapi dengan bentuk dan suara yang berbeda. Hanya terdiri dari satu cymbal tetapi berukuran besar 18" sampai 22". ukuran standar 20"
  3. Crash cymbal:
    Berguna untuk memberi phrase/nada pada suatu lagu. Berukuran 13" sampai 22" tergantung dari selera pemain.
  4. Efek cymbal:
    Efek cymbal terdiri atas Splash, bell, china dan swiss. Berguna untuk memberi 'warna' khusus pada suatu lagu. Splash dan bell biasanya berukuran 6" sampai 12" dan untuk china dan swiss biasanya berukuran 16" sampai 22".

Hardware terdiri atas berbagai macam bentuk dan fungsi:


  1. Pedal:
    Berguna untuk memukul bass drum, juga tersedia double pedal, iaitu pedal yang menggunakan 2 pedal dan 2 pemukul atau beater untuk mendapatkan suara yang lebih pada bass drum.
  2. Hihat stand:
    Untuk menempatkan hihat cymbal yang terdiri atas 2 buah cymbal sehingga anda dapat membuka dan menutup kedua cymbal itu dengan kaki kiri anda.
  3. Cymbal stand:
    Untuk menempatkan segala macam jenis cymbal kecuali hihat.
  4. Snare stand:
    Untuk menempatkan Snare drum dan anda dapat merubah posisinya sesuka anda.
  5. Tom holder/tom stand:
    Berguna untuk memasang tom-tom.

Drumhead mempunyai ukuran, type, fungsi dan ketebalan yang berbeza. Drumhead terdiri atas 3 bahagian; Pertama Batter head, iaitu drumhead yang dirancang khusus untuk dipukul. Kedua, Resonant hanya ditaruh pada bahagian bawah tom-tom dan bahagian depan bass drum. Head ini tidak untuk dipukul, head ini berguna untuk memberi 'hidup' pada tom-tom dan bass drum. Dan terakhir adalah snare side, khusus hanya untuk ditaruh dibahagian bawah snare untuk mendapatkan suara snare wirenya. Snare side merupakan head yang paling tipis. Ingat, tidak untuk dipukul.


*ok ape mcm dpt tangkap tak? jadi jika korang mahu belajar mcm mana mahu pukul snare menggunakan stick.. ikuti blog aku minggu depan.. (kalau aku rajin nak tulis blog nilah, kalau tak bulan depan baru aku updated)

okayy.. bro!!! bye!

Wednesday, October 22, 2008

HOW TO PLAY DRUMS & READ NOTATION

Minggu ini aku ingin mengajar bagaimana ingin mengenali drum dan juga bagaiman untuk bermain drum secara basic.

aku mulakan dgn cara mudah untuk memulakan permainan drum. Yup, playing drums is easy, but it's hard to mastered it! Jadi siapa ckp kalau main drum itu mudah? :)

*tapi ingat hafal terdahulu alat2 drum,contoh snare, hi-hat, tom atau pedal bass

Pertama, untuk memulakan belajar main drum ini, anda tidak perlu sebuah drum. Yang anda perlukan hanya duduk didepan komputer ini. Lho? Bagaimana caranya? That's easy!!! Buatlah ketukan dengan tangan kanan anda (*ketukan angin @ bayangan koranglah, buat2 mcm ada drum :)), tapi bunyi hitungan adalah " 1 and 2 and 3 and 4 and" (bahasa inggris). Pada setiap angka dan "and" yang anda sebutkan buatlah pukulan bersamaan dengan hitungan. Lakukan!

"one and two and three and four and"
Sudah? Jadi itu adalah ketukan 1/8. Ingat,
1/8.

Sekarang buat ketukan dengan tangan kiri pada hitungan "two" dan "four". Tangan kanan tetap membuat ketukan seperti yang pertama. 1 2 3 4... Mulakan dgn!
"one and two and three and four and".

Sudah? mudahkan? Tapi itu belum semua... step terakhir adalah membuat ketukan dengan kaki kanan yang jatuhnya pada hitungan "one" dan "three". Tapi lagi2 tangan kanan dan kiri tetap melakukan hal yang sudah anda lakukan tadi, kaki kanan tinggal kuatkan ketukan2 itu. 1 2 3 4... mulakan!
"one and two and three and four and...."

Wow! Selamat, anda sekarang anda sudah terer sebagai seorang 'drummer'. Tapi ingat, itu hanya permulaan. Untuk menguasai drum secara menyeluruh anda setidaknya mulakan waktu sekitar 6 tahun, atau lebih. :)

Pada drumset nantinya, tangan kanan anda ditempatkan pada cymbal hihat (biasanya terletak pada sisi kiri anda) atau cymbal ride yang biasanya terletak di sisi kanan anda. Tangan kiri pada snare drum yang sudah pasti terletak diantara kaki anda dan kaki kanan ditaruh diatas pedal bass drum. Dan anda tinggal melakukan pukulan2 itu dan sambung pukulan itu sehingga membentuk beat yang panjang. Menyambung pukulan2 itu mudah, ketukannya akan menjadi...
"
"one and two and three and four and one and two and.... dst"

*Lihat Nota2 nod dibawah...

Thursday, September 25, 2008

Cerita Hari Raya: Kenangan Manis & Cerita Raya Dulu-dulu

Masa aku budak-budak dulu, sekitar usia 7-12 tahun, bulan Ramadhan jatuh sekitar bulan Julai setiap tahun. Kalau aku tengok kalander masa zaman tu, bulan August ialah bulan Syawal. Masa berlalu mengikut perubahan alam dan kini Ramadhan dan Syawal berputar dan aku difahamkan setiap 30 tahun bulan-bulan Islam ini akan kembali sebagaimana aku rasai berhari raya di bulan Julai di zaman itu. So kalau tahun ini kita berhari raya pada bulan October, kita akan berhari raya di bulan yang sama kira-kira 30 tahun lagi. Wallahuaklam.

Masa zaman budak-budak belum akal baligh tu, aku puasa juga tapi puasa hari pertama jer la, hari-hari seterusnya aku puasa pagi tengahari dah berbuka masa takde orang di rumah, sehinggalah menjelang hari raya. Sebab dah dirasuah kalau puasa dapat duit raya. OK la tu budak-budak, masa berbuka puasa berbuka sama-sama dengan orang yang berpuasa. Hek eleh hari ni pun ramai yang macam tu.

Setiap malam gi tarawih tak cukup rakaat, biasa lah budak-budak. Abis setiap 2 rakaat bila bilal baca salawat, bebudak macam aku inilah yang menyambut salawat dengan meriah. Masa ni cari surau yang tok imam yang paling laju. Lagi laju tok imam, lagi lah best sebab cepat habis dan balik boleh main mercun.

Zaman aku dulu, mercun masih lagi legal dan tak macam sekarang. Harga punmurah-murah sebab takde kawalan kerajaan. Cerita pun 30 tahun punya cerita, memang la murah kalau nak dibandingkan. Seingat-ingat aku masa tu ada bunga api yang ada gambar kucing di depannya, hari ni aku cari-cari tak pula jumpa. Memang nostalgia sungguh kui kui kui..

Ada satu jenis mercun ni, kita orang modified sendiri dengan menggunakan plug motor. Di tempat aku namanya mercun plug. Tempat lain aku tak tahu nama apa. Plug motor ni, kita buang bahagian atas yang keluarkan spark tu. Kemudian cari screw besar yang muat dengan lubang plug tadi. Ikat screw dengan tali, dan ikat hujung tali satu lagi pada body plug.
Masukkan belerang, tutup plug dengan screw dan lambung ke langit. Bunyinya “poooom” .. mau kena hambat. Biasalah budak-budak. Tahun-tahun kebelakangan ni memang dah tak nampak ada bebudak main mercun plug ni.. koman betul la.. haha.

Satu lagi benda yang menjadi lambang Aidulfitri ialah card raya. Masa tu memang menjadi satu tradisi menghantar card raya ni. Mana ada SMS raya, email raya semua macam hari ni. Zaman dah terlalu maju, abis hilang tradisi.. Masa tu card raya ni sebenarnya dihantar untuk menyampaikan ucapan hari raya kepada kawan-kawan yang jauh (dan kawan sekelas), saudara mara dan yang pentingnya untuk diberikan kepada cikgu-cikgu.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Agak-agak budak-budak hari ni tau ka pantun card raya kat atas?Zaman berlalu, semakin hari semakin mengikis tradisi, tapi tak ikut perkembangan nanti kena tinggal dek bas. Ko guano demo..Baju raya zaman aku tak la secantik baju raya skrang. Baju Melayu kain cotton(?), kalau baju maa aku pulak baju kurung sebijik macam kain langsir, kurang pilihan. dah ler mahal, kalau yg murah2 tuh sorry ler nak dapat yg elok... ermmm zaman dah berubah dunia dah maju

Seluar dan baju murah-murah punya harga, kalau beli kat town Kota Bharu tu, silap-silap boleh jumpa orang lain yang pakai baju yang sama dengan kita. Nak bergaya siapalah aku ni, bukanler anak menteri Nik Aziz. Kalau yang mempunyai adik beradik yang ramai, boleh tengok lah sederet budak-budak boria kui kui kui..
Bila tiba hari raya, tradisi bersalaman memohon maaf dan sembahyang raya alhamdulillah masih kekal sampai hari ini. Cuma satu jer yang terdetik, bila tengok orang lain bersalaman dengan ayah mereka. So sad..Hari raya macam biasalah, dapat duit raya dan jumpa sepupu-sepapat yang duduk jauh-jauh pulang ke kampung. Dua puluh sen, lima puluh sen dah cukup besar tu. Hari ni masa dah berlalu, aku pulak yang kena bagi duit raya. Lima puluh sen? Sorry lah.. hehehe
seringgit pun dah kena complaint...

Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana sambutan Aidilfitri 30 tahun akan datang..

Wednesday, September 24, 2008

Independent record labels

Independent labels have a long history of promoting developments in popular music, stretching back to the post-war period in the United States, with labels such as Sun Records.[1]

In the United Kingdom during the 1950s and 1960s, the major record companies had so much power that independent labels struggled to become established. Several British producers and artists launched independent labels as outlets for their work and artists they liked, but the majority failed as commercial ventures or were swallowed up by the majors.[1]

The punk rock era saw a plethora of independent labels.[1] The UK Indie Chart, was first compiled in 1980, and independent distribution became better organized from the late 1970s onwards.[2]

Cultural and philosophical attributes of indie

Main article: Indie (culture)

There are a number of cultural and philosophical traits which could be more useful in pinpointing what indie music is about than specific musical styles or commercial ownership. Indie artists are concerned more with self-expression than commercial considerations (though, again, this is a stance that is affected by many artists, including hugely commercially successful ones). A do-it-yourself sensibility, which originated with punk in the 1970s, is often associated with indie, with people in the scene being involved in bands, labels, nights and zines. Indie often has an internationalist outlook, which stems from a sense of solidarity with other fans, bands and labels in other countries who share one's particular sensibilities; small indie labels often distribute records for similar labels from abroad, and indie bands often go on self-funded tours of other cities and countries, where those in the local indie scenes invariably help organize gigs and often provide accommodation and other support. In addition, there is also a strong sense of camaraderie that emerges from a selflessness among indie bands and often results in collaborations and joint tours.

Indie artists of any particular time often go against the prevailing trends (for example, the twee pop movement that started in the 1980s was a reaction against the testosterone-fueled swagger of rock). A 'lo-fi' aesthetic (i.e., an often deliberate lack of polish and a more "authentic" roughness and imperfection) has often been associated with indie, particularly when slick, polished recordings were the preserve of the commercial music industry; this line has since become blurred, in a world where high-quality recordings can be made increasingly easily with inexpensive computer-based recording systems and where commercial production teams often deliberately utilize a "lo-fi" sound.